Wednesday 27 June 2012

Susahnya mencari bahagia...adakah kerana perjalanan hidupku terlalu biasa? Atau adakah aku tergolong dalam golongan orang2 yang terpedaya, kerana hidupku kurasakan sama saja setiap hari...Tiada klimaks dan keseronokan...Bahagiakah setelah berkahwin? Bahagiakah setelah mempunyai anak? Bahagiakah mempunyai anak yg lebih ramai drp org lain, ataupun Bahagiakah mengumpul aset dunia seperti kereta, rumah dan wang simpanan? Apa erti bahagia, adakah kawan2ku lebih bahagia berbanding aku...Bahagia itu subjektif yg tidak boleh ditentukan dengan wang ringgit, harta benda, anak2 dan sebagainya yg berkaitan dengan DUNIA yg sementara ini...Itu yg aku percaya sehingga kini...tetapi perkara2 tersebut jugalah yg membuatkan aku kadang2 merasa kurang ataupun tidak bahagia...Adakah org lain juga seperti aku?

Wednesday 20 June 2012

Cinta

Apakah yang menjadi keutamaan dalam hidup? Cinta kepada Allah, keluarga, harta benda? Semuanya mempunyai kepentingan yang tersendiri.